Lorong kecemasan lori
Lorong kecemasan lori merupakan satu peranti lalu lintas yang membolehkan kenderaan berat dengan masalah brek untuk berhenti dengan selamat. Ia terdiri daripada satu lorong susur yang panjang dan diisi dengan pasir atau batu kerikil selari dengan sesebuah jalan raya yang curam, serta direka bagi memuatkan sebuah lori besar. Lapisan batu kerikil yang dalam membolehkan momentum lori disingkirkan dengan cara yang terkawal serta tidak berbahaya, bagi membolehkannya berhenti dengan selamat.
Di Malaysia, terdapat sebuah lorong kecemasan lori di kaki Banjaran Keledang di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (arah selatan) berhampiran Jelapang, Ipoh, Perak.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Lorong kecemasan lori biasanya terletak di kawasan pergunungan dengan kos pembinaan yang tinggi serta kesukaran pemilihan tapak semasa.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ DOT Arizona (1993). "Full-Scale Arrester Bed Testing Leads to More Cost-Effective Design" (pdf). TR News (166): 20–21. Dicapai pada 2006-07-23. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)